Thursday, 26 July 2012

MAHARMU ADALAH AIRMATAKU


MAHARMU ADALAH AIRMATAKU

Satu ketika dulu
Akulah segalanya bagimu
Kita bersama berganding
Untuk membina harapan
Yang kita pacu bersama
Di waktu asmara kita masih bertaut

Kupaterikan semua janji
Yang kita cipta di setiap bicara
Dengan segala harap
Dan keyakinan yang ada
Kau akan kumiliki
Untuk bernaung di syurga impianku

Namun kini
Semuanya entah kemana
Di saat gelora asmaraku membadai hebat
Kau berundur dari semua perjanjian
Yang pernah kau nyanyikan dulu
Bahawa aku adalah milikmu

Akhirnya aku sedari
Tiada janji yang benar-benar ditepati
Apa lagi fitrahmu sebagai manusia
Mudah alpa dan terleka
Dan dengan maharmu adalah airmataku
Kukuburkan semua harapan
Di kuburan cintaku

Qalam Bertinta
11/04/2012
23:19pm

0 comments:

Post a Comment