BILA ILHAM
TIDAK MENJENGAH
Resah membawa
gundah
tika hati
semakin berdarah
cuba melakar warna-warna indah
di kanvas hidup
yang hampir rebah
menanti jawapan
yang taksudah
dan cintamu pun
bertukar wajah
hinggakan
semuanya kauanggap mudah
aku kau buat
seperti sampah
memandang pun
hanya dengan mata sebelah
macamlah aku ini
tidak berfaedah
semakin hari
kausemakin menyampah
dan tanpa kata
walau sepatah
kauangkat kaki
dan terus belah
tinggalkan aku
yang dok terngadah
takberkelip mata
hanya menelan air ludah
dan bila
kauhilang di simpang sebelah
aku ketawa berdekah-dekah
aku ketawa berdekah-dekah
menjerit sampai
naik mengah
seronok dan
sikit pun takrasa bersalah
kerana memang
itu yang aku serapah
supaya kaucepat belah
sebab ramai lagi yang dok menadah
menunggu aku sampai kesudah
entah apa-apa entah
dah tak ada ilham yang menjengah
merepek saja tak sudah-sudah
supaya kaucepat belah
sebab ramai lagi yang dok menadah
menunggu aku sampai kesudah
entah apa-apa entah
dah tak ada ilham yang menjengah
merepek saja tak sudah-sudah
rasanya dah
cukup dah
ini bukan madah
berhelah
saja suka-suka
nak bermadah
harap maaf kalau ada silap salah
harap maaf kalau ada silap salah
lain kali bila
ada masa tertumpah
bolehlah Qalam
Bertinta menyambung hujah
Qalam Bertinta
21092012
21092012
2221pm




