Tuesday, 25 September 2012
Friday, 21 September 2012
BILA ILHAM TIDAK MENJENGAH
BILA ILHAM
TIDAK MENJENGAH
Resah membawa
gundah
tika hati
semakin berdarah
cuba melakar warna-warna indah
di kanvas hidup
yang hampir rebah
menanti jawapan
yang taksudah
dan cintamu pun
bertukar wajah
hinggakan
semuanya kauanggap mudah
aku kau buat
seperti sampah
memandang pun
hanya dengan mata sebelah
macamlah aku ini
tidak berfaedah
semakin hari
kausemakin menyampah
dan tanpa kata
walau sepatah
kauangkat kaki
dan terus belah
tinggalkan aku
yang dok terngadah
takberkelip mata
hanya menelan air ludah
dan bila
kauhilang di simpang sebelah
aku ketawa berdekah-dekah
aku ketawa berdekah-dekah
menjerit sampai
naik mengah
seronok dan
sikit pun takrasa bersalah
kerana memang
itu yang aku serapah
supaya kaucepat belah
sebab ramai lagi yang dok menadah
menunggu aku sampai kesudah
entah apa-apa entah
dah tak ada ilham yang menjengah
merepek saja tak sudah-sudah
supaya kaucepat belah
sebab ramai lagi yang dok menadah
menunggu aku sampai kesudah
entah apa-apa entah
dah tak ada ilham yang menjengah
merepek saja tak sudah-sudah
rasanya dah
cukup dah
ini bukan madah
berhelah
saja suka-suka
nak bermadah
harap maaf kalau ada silap salah
harap maaf kalau ada silap salah
lain kali bila
ada masa tertumpah
bolehlah Qalam
Bertinta menyambung hujah
Qalam Bertinta
21092012
21092012
2221pm
CERITA ITU CERITAMU
CERITA ITU
CERITAMU
Mengenang
kembali cinta itu
tersayat satu
persatu
pada jiwa…pada
raga
dan pilu itu aku
mendodoi sendu
menyiksa rindu
tika senyum
hilang entah ke mana
sedang tangis
masih bersambung nada
membilang tiap butiran
yang gugur
seperti
menghitung hari-hari bersamamu
yang rebah di
penghujung cerita
cerita yang cuba kita cipta menjadi sejarah
pun engkaulah
pengarangnya
membina tiap
kerangka cerita
namun cerita itu
ceritamu
bukan
ceritaku!... .
Qalam Bertinta
21092012
1621pm
TARIAN MARHAIEN
TARIAN
MARHAIEN
Berdendanglah
wahai alam
nyanyikan aku
lagu-lagu damai
desirkan
gemersik anginmu
alunkan irama
keriangan
biarkan semesta ini menari bersamaku
biarkan semesta ini menari bersamaku
tarian sama
untuk semua marhaien
Berdendanglah
wahai insan
usah diturut
gulana hati
titipkan riangmu
pada alam
menarilah tarian
jiwa
agar tiada
kocakan di kolam rasa
biar bergema
sepelusuk alam
menyambut
tarianmu
Tarian marhaien
Tarian jiwa!...
.
Qalam Bertinta
21092012
1151am
Thursday, 20 September 2012
AKU INI MALAM, SEPI, DINGIN DAN KEKASIHMU
AKU INI MALAM, SEPI, DINGIN DAN
KEKASIHMU
Andai aku ini malam
Tak akan kubiarkan kegelapan menyelubungimu
Akan kusinarkannya dengan nur kasihku
Biar malammu bertemankan keindahan hingga ke
tabir pagi
Andai aku ini sepi
Tak akan kubiarkan diri ini mengetuk bilik hatimu
Akan kubawa ianya pergi menjauh
Agar hari-harimu bertemankan kegembiraan
Andai diri ini musim yang dingin
Tak akan kubiarkan kedinginanku menyelimuti tubuhmu
Akan kubentangkan hamparan hangat di ranjang peraduanmu
Moga lenamu bertemankan indahnya bunga-bunga tidur
Dan andai diri ini kekasihmu
Aku akan menjadi malam
Biar tidurmu bertemankan mimpi-mimpi kita
Dan aku juga akan menjadi sepi
Kerana kesepian pasti akan membuatkan kau
Menempatkan aku disetiap ruang ingatanmu
Dan yang pastinya kedinginan itu juga aku
Yang akan mendakap erat tubuhmu
Menghangatkannya dengan nafas cintaku
Qalam Bertinta
19092012
2213pm
AKU DAN PUISI
AKU DAN PUISI
Aku
seorang lelaki
yang menzahirkan rasa
pada bait-bait kata
dan kuterjemahkan
dalam sebaris puisi
Puisi
Kugubah dari ilhamku
Bercerita tentang apa saja
dari hati…dari pandangan
juga dari khayalanku
tanpa ada sebarang hijab
Aku dan puisi
Hanyut dala satu rasa…!
Qalam Bertinta
21092012
0149am
AKU PEMUISI JALANG
AKU PEMUISI JALANG
Berapa kali telah kubilang
Aku hanya pemuisi jalang
Pemuisi pinggiran yang cuma bergelandang
Juga pemuisi jalanan yang tidak minta untuk
ditatang
Sekadar menzahirkan bait untuk dihidang
Terpulang sama ada sudi untuk memandang
Puisiku tidak sehebat Sasterawan Negara
Tidak setanding langsung dengan mereka
Puisiku puisi picisan yang tidak setara mana
Yang ditatap hanya segelintir insan yang suka
Itu pun hanya kawan-kawan sealiran sahaja
Puisiku puisi santai
Kucipta ketika ilham datang membadai
Atau tercipta dalam alunan lemah gemalai
Namun tidak pernah kuminta untuk dinilai
Dan tidak pernah kulakukan juga secara alai balai
Aku berpuisi kerana minat
Tidak ada sebarang niat
Untuk menyindir atau mengumpat
Apa lagi untuk memutuskan sahabat
Bahasaku banyak yang tersurat dari yang tersirat
Aku akan terus berpuisi
Biarpun ianya bukan menjadi punca rezeki
Dengan berpuisi aku terasa damai sekali
Menzahirkan rasa sebenar atau sekadar ilusi
Untuk ditatap pada mereka yang sudi
Aku cuma pemuisi jalang…!
Qalam Bertinta
19092012
1017am
Tuesday, 18 September 2012
Thursday, 13 September 2012
Friday, 7 September 2012
LAGU CINTA LAGU RINDU
LAGU CINTA
LAGU RINDU
Kasih
Dengarkanlah
lagu ini
Lagu dari jiwa
Yang
kudendangkan
Dalam gemalai rindu
Dalam gemalai rindu
Ketika pesona
cintamu
Kaulabuhkan di pelabuhan hatiku
Kaulabuhkan di pelabuhan hatiku
Kudendangkan di
beranda awan
Dengan pelangi
yang duduk bersimpuh
Mengirai
warna-warna cinta
Dan angin pun
seakan terhenti
Hanyut dalam
gemersik lagu
Lagu cinta…lagu
rindu
Dendangan itu
masih teralun
Dalam suara yang
semakin mendayu
Memanggil ruh
cintamu
Agar datang
kepadaku
Bersama di
beranda awan
Dan kita pun
berdendang
Dalam irama lagu
yang satu
Qalam Bertinta
07092012
2355pm
PUSARA CINTA AIRMATA
Kuraup wajahku
Tika sendu
menjengah
Sepertinya
airmata ini
Ingin tumpah
Meluah pendaman duka
Meluah pendaman duka
Yang bertakung
di kolam perasaan
Kulontarkan
pandangan
Nun jauh ke lembah kenangan
Nun jauh ke lembah kenangan
Tika harapan
Terbang ke awan senja
Sembunyi di bilik awan
Terkunci rapi
Dan semalam
Kusemadikan semuanya
Di pusara cinta airmata
Qalam Bertinta
07/09/2012
Terbang ke awan senja
Sembunyi di bilik awan
Terkunci rapi
Dan semalam
Kusemadikan semuanya
Di pusara cinta airmata
Qalam Bertinta
07/09/2012
1825pm
Thursday, 6 September 2012
KAU TERISTIMEWA
KAU
TERISTIMEWA
Kaumungkin
menghilang
Dari pandanganku
Dari pandanganku
Namun
tidak dari hatiku
Kaumungkin
sahaja
Berada
di luar dari jangkauanku
Tapi
tidak dari anganku
Aku
mungkin takberarti buatmu
Namun
kauselalu istimewa
Di
hatiku…
SEMPURNA ITU BUKAN AKU
SEMPURNA
ITU BUKAN AKU
Pernah
aku menyerah
Kerna aku merasa serba salah
Kerna aku merasa serba salah
Andai
waktu dapat terulang
Kan
kuberi padamu
Satu
bintang yang terang
Hanya
untukmu cintaku
Aku
tahu diri ini taksempurna
Tapi
akan kucuba sedayaku
Untuk
mencintai cinta
Dan
mencuba untuk setia
RINDU ITU AKU
RINDU
ITU AKU
Rindu
itu aku
Yang
menyamar jadi airmatamu
Agar
nanti bila kau menangis
Aku
akan mengalir ke sudut bibirmu
Tanpa
menghilang walau setitis jua
Kerna
semua yang ada padamu
Terlalu
istimewa buatku
DI SITU CINTAKU TERLERAI
DI SITU CINTAKU TERLERAIGelora hati ini
Membawa aku ke tasik airmata
Mengundang resah di rantaian duka
Terpamer pada raut wajah
Ketika sendu mula membelenggu
Biar bulan cuba bersenda
Menyulam bintang jadi kalongan
Namun kecewa itu aku
Mengutip satu persatu
Daun-daun derita yang berserakan
Lalu kukumpulkan di jambatan kenangan
Agar pada hari-hari mendatang
Akan kurenung kembali jambatan itu
Lalu aku mengerti
Di situ...
Kisah cintaku terlerai
Qalam Bertinta
03092012
2119pm
Ketika sendu mula membelenggu
Biar bulan cuba bersenda
Menyulam bintang jadi kalongan
Namun kecewa itu aku
Mengutip satu persatu
Daun-daun derita yang berserakan
Lalu kukumpulkan di jambatan kenangan
Agar pada hari-hari mendatang
Akan kurenung kembali jambatan itu
Lalu aku mengerti
Di situ...
Kisah cintaku terlerai
Qalam Bertinta
03092012
2119pm
KERNA CINTA LAIN
Dari senyummu
Dan menyanding
Dengan airmataku
Perlukah kukesali
Sebuah cinta
Yang kaunoda
Tanpa ada rasa ampun
Demi kerana
Satu cinta
Yang kautagih
Dari orang lain
Yang pastinya
Kukuburkan semua kisah itu
Bukan di lipatan hati
Tapi di mimpi ngeri malamku
Qalam Bertinta
04092012
1245pm
Dan menyanding
Dengan airmataku
Perlukah kukesali
Sebuah cinta
Yang kaunoda
Tanpa ada rasa ampun
Demi kerana
Satu cinta
Yang kautagih
Dari orang lain
Yang pastinya
Kukuburkan semua kisah itu
Bukan di lipatan hati
Tapi di mimpi ngeri malamku
Qalam Bertinta
04092012
1245pm
TASBIH RINDUKU DAN SYAIR CINTAMU
TASBIH RINDUKU DAN SYAIR CINTAMUKutitipkan doa disetiap sujud subuhku
Moga damai menyapamu sentiasa
Biar bening embun
Mendinginkan hatimu
Biar sinar mentari
Menghangatkan jiwamu
Agar di hari-harimu
Dironai dengan kalimah indah
Yang terbit ketika ulas bibirmu terbuka
Menutur bait demi bait
Untuk kesegaran jasmani
Bersulam pada cantiknya rohani
Aku tetap setia
Mendengar setiap kalimahmu
Dan akan kuhitung satu persatu
Tiap butiran tasbih rinduku
Untuk mengiringi syair cintamu
Qalam Bertinta
06092012
0355am
Biar sinar mentari
Menghangatkan jiwamu
Agar di hari-harimu
Dironai dengan kalimah indah
Yang terbit ketika ulas bibirmu terbuka
Menutur bait demi bait
Untuk kesegaran jasmani
Bersulam pada cantiknya rohani
Aku tetap setia
Mendengar setiap kalimahmu
Dan akan kuhitung satu persatu
Tiap butiran tasbih rinduku
Untuk mengiringi syair cintamu
Qalam Bertinta
06092012
0355am
RINDU ITU AKU
Sembunyi
di balik awan hitam
Pun kaumasih di situ
Diam membisu
Tanpa gerak
Tanpa rasa
Lalu aku pun hilang
Hanyut bersama rinduku
Yang datangnya mengusung sendu
Dan akulah rindu itu...!
Qalam Bertinta
05092012
2235pm
Pun kaumasih di situ
Diam membisu
Tanpa gerak
Tanpa rasa
Lalu aku pun hilang
Hanyut bersama rinduku
Yang datangnya mengusung sendu
Dan akulah rindu itu...!
Qalam Bertinta
05092012
2235pm
MATINYA CINTAKU DI SITU
MATINYA CINTAKU DI SITU
Adakah kaumengerti
Pada sebuah kelukaan
Yang muncul ketika gerhana cintamu
Adakah kaumengerti
Pada sebuah kelukaan
Yang muncul ketika gerhana cintamu
Mula menaungi cintaku
Cuba pasrah dalam perbuatan
Tapi tidak pada perasaan
Masih enggan berpaling
Pada sebuah luka
Yang kaucipta
Di saat cinta ini
Mula menyapa
Tika terhentinya lamunan
Aku tahu
Kautelah jauh melangkah
Tanpa jejak...tanpa arah
Dan cintaku
Mati di situ
Qalam Bertinta
05092012
0355am
Cuba pasrah dalam perbuatan
Tapi tidak pada perasaan
Masih enggan berpaling
Pada sebuah luka
Yang kaucipta
Di saat cinta ini
Mula menyapa
Tika terhentinya lamunan
Aku tahu
Kautelah jauh melangkah
Tanpa jejak...tanpa arah
Dan cintaku
Mati di situ
Qalam Bertinta
05092012
0355am
TETAMU HATIKU
TETAMU HATIKU
Lafaz keramatku sentiasa ada
Setia dan kukuh seperti dulu
Mungkin zahirnya takterucap
Kerna aku takut ianya akan menghilang
Bersama semilirnya angin senja
Namun di persada jiwa
Ianya sentiasa di situ
Mengiringi tiap helaan nafasku
Bersama cinta yang tertancap rapi
Jauh dalam… di sudut hati
Waktu salammu belum tersambut
Dan tika kumenoleh
Bukan tetamu senja yang datang
Tapi kauyang hadir
Tetamu hatiku
Dan dengan senyum
Salammu kusambut...!
Qalam Bertinta
06092012
1201tghari
Subscribe to:
Comments (Atom)
































