Monday, 20 August 2012

SENDALOKA RAYA KE TIGA


SENDALOKA RAYA KE TIGA

Hari ni dah masuk raya ketiga
Suasananya masih lagi terasa
Kunjung mengunjung belum lagi reda
Sana sini masih banyak rumah terbuka
Kalau dijemput pergi aje kat mana yang suka
Bukan senang nak makan percuma
Setahun sekali…hentam saja

Anak-anak tersenyum suka
Dok mengira-gira duit raya
Yang dikumpul dari merata
Macam-macam dalam minda mereka
Nak beli apa-apa saja
Yang dah dok idam sekian lama
Inilah masa terbaik yang mereka ada

Emak bapa mula garu kepala
Sampai rambut pun tumbuh tak sekata
Memikirkan lepas ni nak jadi apa
Duit yang tinggal pun dah tak seberapa
Banyak lagi yang nak dibelanja
Silap-silap mau tidur dengan mata terbuka
Mulalah mengigau yang tah apa-apa

Walau raya setahun sekali aja
Kenalah selalu berwaspada
Jangan belanja bagai nak gila
Beli apa saja yang suka
Kuih aje sampai tak boleh nak kira
Hingga tak tahu nak letak mana
Habis raya, senyum pun macam terpaksa

Ini sendaloka raya ketiga
Tak ada niat nak mengata
Saja nak suka-suka
Daripada tak buat apa-apa
Dari dok mengumpat dan mengata
Lebih baik bersenda dengan kata-kata
Terhibur juga hati yang gulana

Sampai di sini berhentilah Qalam Bertinta
Nak pergi beraya rumah saudara mara
Yang mana belum dok tunjuk muka
Nanti apa pula kata mereka
Kenalah juga jaga adab budaya
Yang muda hormati yang tua
Barulah adat tak kan tercela
Dan sampai bila pun mereka ingat kita

Selamat Hari Raya
Selamat bersuka ria
Selamat semuanya…

Qalam Bertinta
21082012
1257pm

KEMERDEKAAN PADA MEREKA YANG BUTA

KEMERDEKAAN PADA MEREKA YANG BUTA

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Kata keramat yang dilaungkan
Di seluruh negara
Pada setiap 31 ogos
Dengan penuh semangat
Semangat yang berkobar-kobar

Namun disetiap kata merdeka itu
Tahukah siapa yang berkorban atau terkorban
Demi sebuah kata-kata
Yang hanya mengandungi tujuh ayat sahaja
Yang dijeritkan setiap tahun
Tanpa ambil peduli
Bagaimana sejarah lemerdekaan dicipta

Dan kepada kita yang melaungkan merdeka
Tahukah kita pada sejarah
Kenalkah kita pada pejuang sejati kemerdekaan
Kenalkah kita pada Dato’ Maharaja Lela
Dato’ Sagor, Ngah Ibrahim, Pandak Endut
Kenalkah kita pada Laksamana Mohamad Amin
Mat Kilau, Dato’ Bahaman atau paling tidak pun
Si Puntum yang menamatkan riwayat J.W.W Birch
Kenalkah kita semua akan pejuang ini
Yang berkorban kedudukan, maruah hatta nyawa
Demi seungkap perkataan
Yang dilaungkan setiap tahun

Butakah kita
Atau kita telah dibutakan
Dengan sejarah sebenar tentang kemerdekaan
Dengan sejarah perjuangan
Oleh pejuang yang tulin
Yang bergelumang dengan airmata dan titisan darah
Berbanding dengan mereka-mereka
Yang hanya duduk di meja bulat
Minum-minum sambil menghisap curut
Kononnya berbincang tentang kemerdekaan
Sedangkan hakikat sebenarnya
Hanya menyembah pada penjajah
Demi sebuah kata-kata tujuh huruf
Yang sebenarnya hanya bersendikan
Akan perjuangan sebenar
Wira-wira silam
Yang tidak pernah bertuankan penjajah
Dan tidak pernah berkiblatkan barat

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Walau pun hakikatnya
Kita masih lagi dijajah…

Qalam Bertinta
21082012
1111am

DUA NAFSU


DUA NAFSU

Mencari arti kelangsungan hidup
Tika cuba menghidupkan berbagai cerita
Di pentas dunia ini
Dengan memainkan watak-watak
Yang tercipta dan dicipta sendiri
Atas nama sebuah kehidupan
Yang penuh tandatanya

Memainkan peranan masing-masing
Untuk mewarnakan setiap kisah
Dengan warna kebenaran dan kepalsuan
Dan warna realiti serta ilusi
Tanpa mengenal arti dosa dan pahala
Demi hanya tuntutan dua nafsu
Nafsu duniawi…nafsu syurgawi

Dan di hujung lakonan dunia itu
Ada titik yang bertanda soal
Benarkan watak yang kulakonkan ini?
Atau sekadar meneruskan kelangsungan hidup
Demi keindahan duniawi yang kucari
Sedangkan syurgawi semakin terpinggir

Dan di akhirnya
Aku memilih untuk diam…

Qalam Bertinta
20082012
2039pm