Thursday, 20 September 2012
AKU INI MALAM, SEPI, DINGIN DAN KEKASIHMU
AKU INI MALAM, SEPI, DINGIN DAN
KEKASIHMU
Andai aku ini malam
Tak akan kubiarkan kegelapan menyelubungimu
Akan kusinarkannya dengan nur kasihku
Biar malammu bertemankan keindahan hingga ke
tabir pagi
Andai aku ini sepi
Tak akan kubiarkan diri ini mengetuk bilik hatimu
Akan kubawa ianya pergi menjauh
Agar hari-harimu bertemankan kegembiraan
Andai diri ini musim yang dingin
Tak akan kubiarkan kedinginanku menyelimuti tubuhmu
Akan kubentangkan hamparan hangat di ranjang peraduanmu
Moga lenamu bertemankan indahnya bunga-bunga tidur
Dan andai diri ini kekasihmu
Aku akan menjadi malam
Biar tidurmu bertemankan mimpi-mimpi kita
Dan aku juga akan menjadi sepi
Kerana kesepian pasti akan membuatkan kau
Menempatkan aku disetiap ruang ingatanmu
Dan yang pastinya kedinginan itu juga aku
Yang akan mendakap erat tubuhmu
Menghangatkannya dengan nafas cintaku
Qalam Bertinta
19092012
2213pm
AKU DAN PUISI
AKU DAN PUISI
Aku
seorang lelaki
yang menzahirkan rasa
pada bait-bait kata
dan kuterjemahkan
dalam sebaris puisi
Puisi
Kugubah dari ilhamku
Bercerita tentang apa saja
dari hati…dari pandangan
juga dari khayalanku
tanpa ada sebarang hijab
Aku dan puisi
Hanyut dala satu rasa…!
Qalam Bertinta
21092012
0149am
AKU PEMUISI JALANG
AKU PEMUISI JALANG
Berapa kali telah kubilang
Aku hanya pemuisi jalang
Pemuisi pinggiran yang cuma bergelandang
Juga pemuisi jalanan yang tidak minta untuk
ditatang
Sekadar menzahirkan bait untuk dihidang
Terpulang sama ada sudi untuk memandang
Puisiku tidak sehebat Sasterawan Negara
Tidak setanding langsung dengan mereka
Puisiku puisi picisan yang tidak setara mana
Yang ditatap hanya segelintir insan yang suka
Itu pun hanya kawan-kawan sealiran sahaja
Puisiku puisi santai
Kucipta ketika ilham datang membadai
Atau tercipta dalam alunan lemah gemalai
Namun tidak pernah kuminta untuk dinilai
Dan tidak pernah kulakukan juga secara alai balai
Aku berpuisi kerana minat
Tidak ada sebarang niat
Untuk menyindir atau mengumpat
Apa lagi untuk memutuskan sahabat
Bahasaku banyak yang tersurat dari yang tersirat
Aku akan terus berpuisi
Biarpun ianya bukan menjadi punca rezeki
Dengan berpuisi aku terasa damai sekali
Menzahirkan rasa sebenar atau sekadar ilusi
Untuk ditatap pada mereka yang sudi
Aku cuma pemuisi jalang…!
Qalam Bertinta
19092012
1017am
Subscribe to:
Comments (Atom)

