Friday, 27 July 2012
RINDUKU TIDAK BERTEMAN
RINDUKU TIDAK BERTEMAN
Kukutip daun-daun rindu
Yang gugur keribaanku
Ketika awan memuntahkan airmatanya
Pedih menghujam diri
Membaluti tubuh dengan kedinginan
Ketika matahari masih tersenyum
Cuba kugapai sejalur warna pelangi
Untuk kulakarkan di kanvas duka
Mencorak aksara damai yang mendamaikan
Tika jejariku masih menggigil
Dan juga tika mata ini enggan terpejam
Tuk menyambung mimpi yang tak sudah
Pada subuh yang mula menjengah
Ketika daun-daun rindu itu kembali berguguran
Dayaku sudah tiba ke penghujung
Dengan lelah yang semakin meringkih
Aku melangkah dalam kepayahan…tanpa menoleh
Membawa rindu yang semakin kuyakini
Ianya sudah tidak berteman
QALAM BERTINTA
28/05/2012
09:59am
CINTAKU SUKMAMU
CINTAKU SUKMAMU
Cinta
Inilah jawapan dari makna seribu arti
Namun apa lagi yang harus kutuliskan
Pada lembaran kisah dalam masa
Tatkala di setiap relung hati
Ada satu nama yang terukir jelas
Terukir dengan tinta rindu
Kau adalah sukmaku
Untukmu cinta ini akan selalu ada
Dan takkan pernah ada habisnya
Sungguh walau dunia gelap tanpa cahaya dan butakan
jiwa
Untukmu aku selalu bersinar terang
Ketika cinta telah datang kepada cinta
Maka takkan secuil gundah halangi langkahku tuk
menerjah hatimu
Aku
Tetap akan melangkah
Tanpa sedetik terluput oleh gundah dalam ragu
Untukmu rasa ini telah terlahir kembali
Dengan kebahagiaan yang tak hanya sebatas mimpi
Lalu apakah lelah kau melangkah
Dalam setiap gejolak kisah yang akan kita lalui
Nyatanya kau selalu membuatku kuat dan tak
terkalahkan
Dari keras yang mendera
Akankah kau selalu menjadi pendampingku
Sampai nanti
Sampai aku menutup mata
QALAM BERTINTA
28/05/2012
09:09am
RAMBULAN KESIANGAN
RAMBULAN KESIANGAN
Aku mencari arti rindu
Di dalam gerimis hatimu
Tika ruang waktuku terbatas
Pun cuba kutanya pada bulan yang
kesiangan
Apakah kejora masih di sana
Di saat cakerawala mula lena di peraduannya
Agar dapat kupinjamkan cahayanya
Untuk menyuluh rindu yang masih sembunyi
Di lubuk hatimu yang paling dalam
Ketika rinduku masih sendirian
Dan gerimis pun kian mencurah...!
Qalam Bertinta
31/05/2012
22:41pm
MENAFSIR BISU DALAM KERIUHAN
MENAFSIR BISU DALAM KERIUHAN
Ketika bicaraku seakan di pinggir
Mulutku bisu dalam keriuhan
Lalu aku cuba menjadi penafsir
Menafsir akan setiap anggukkanmu
Yang punya dua arti berbeza
Antara memahami atau sekadar menjaga hati
Dan aku kembali dalam persoalan
Apakah cintaku ini telah lama sepi
Dari sanjungan dan kepercayaanmu
Pun aku masih ada keyakinan
Cinta ini tidak mati di hatimu
Hanya ragumu yang semakin membelenggu
Dan ragumu itu meresahkan aku...!
Qalam Bertinta
01/06/2012
10:23am
HIDUP TAK SEINDAH MIMPI
HIDUP TAK SEINDAH MIMPI
Kuhela perlahan nafasku yang semakin menyempit
Dengan pandangan yang kian memudar
Cuba bersandar di bidang lesunya rasa
Memilin kudrat yang hanya tinggal setampuk pinang
Ketika kurasa fitrahku sudah sampai ke
penghujungnya
Menunggu masa untuk rebah selamanya
Berbaring sambil merenung lelangit
Terlayar semua nostalgia semalam
Lalu mengocak damai hati…menyesakkan
Dan suram mataku pun mencipta bening
Yang tumpah menjadi airmata
Menerbitkan sendu yang tersekat
Kucuba memejamkan mata ini
Agar terlena biarpun cuma sepincing
Untuk kuhilangkan semua resah dan sendu
Biar semuanya menjadi indah di bunga tidurku
Moga dapat kunikmati damai walau hanya sedetik
Sebelum lenaku yang seterusnya menjadi lena yang
panjang
Pastinya, hidupku tak seindah mimpiku…!
Qalam Bertinta
02/06/2012
09:27am
CERITA YANG INGIN KUPERDENGARKAN PADAMU
CERITA YANG INGIN KUPERDENGARKAN
PADAMU
Mahukah kalau kuperdengarkan padamu
Cerita tentang sekeping hati
Yang penuh dengan kelukaan dan kepedihan
Yang engkau sendiri hiris dengan belati janjimu
Dan dengan pelbagai alasan yang kau berikan
Hingga membuatkan aku tercampak ke tasik airmata
Menangis dalam duka yang kau cipta
Kau ukir setiap kata dengan madahmu
Kiranya akulah kekasihmu yang paling istimewa
Yang tak pernah untuk kau terlupakan
Pada setiap jaga dan lena juga pada hari-harimu
Yang kau isi cintaku di setiap denyut nadimu
Lalu melenakan aku dalam mimpi indah
Dan hayalan yang panjang di setiap malamku
Membuatkan semangatku sering hilang bersamamu
Pun ingin kutanya padamu
Di manakah setiap janji dan katamu
Di saat riuh rendah dan gelak tawa
Mengelilingimu bersama insan-insan kesayanganmu
Hingga meminggirkan aku dari ingatanmu
Tanpa pernah mahu memikirkan perasaanku
Cuma alasanmu sahaja yang telah tersedia untukku
Untuk kau di pandang setia dalam kata-kata
Kini aku semakin mengerti dan memahami
Aku mungkin tidak setanjak untuk berganding
denganmu
Apa lagi untuk menemani hari-harimu
Yang kini mungkin sedang kau nikmati
Bersama insan kesayanganmu
Setelah cintanya kau miliki
Lalu aku kau biarkan begitu saja
Tanpa ada sedikit simpati pun di hatimu
Biarpun sekelumit cuma
Kini aku pasrah pada setiap putusmu
Kerana aku bukanlah sesiapa padamu
Hanya seorang lelaki yang terlalu setia pada
cintanya
Sedangkan cintanya tidak pernah dihargai
Apa lagi untuk disanjung dan dipuja
Sekadar mungkin menjadi peneman
Tika sunyi membalut dirimu
Pun tika sorak sorai tidak bersamamu
Namun biar apa pun tindakanmu
Aku rela kerana cintaku bukan hanya lahir dari
kata-kata
Aku zahirkannya dari lubuk hatiku yang terdalam
Dan cintaku juga bukan untuk dijual beli
Kerana cintaku bukan barang dagangan
Dan pada janjiku yang terlafaz
Kau tetap satu untukku
Pun untuk selama-lamanya
Benarkah aku ini kekasihmu…!
Qalam Bertinta
04/06/2012
01:05am
TANGISAN UNTUK KENANGAN TERINDAH
TANGISAN UNTUK KENANGAN TERINDAH
Sedih meratapi
Sebuah kehilangan yang sukar untuk dikembalikan
Basah di kelopak mata
Menitis satu persatu menjadi genangan
Kesal menjengah di setiap sudut
Seperti tidak dapat kuhindari
Dari terus berlegar di ingatan
Lalu melontar aku ke lembah kesengsaraan
Kucantumkan setiap cebisan kenangan
Untuk kubingkaikan di kajang hati
Agar untuk hari-hari mendatang
Akan kuingati semuanya itu
Sebagai kenangan terindah yang aku tangisi
QALAM BERTINTA
21/05/2012
22:09pm
RAMALANKU BENAR BELAKA
RAMALANKU BENAR BELAKA
Nota itu kuterima
Tika kabut petang membidai alam
Dan di saat langit memandang dengan redup
Pun awan mula menangis
Kukalimahkan satu persatu
Setiap ayat dan barisnya
Dan sebelum tiba ketitik akhirnya
Aku tahu… ramalanku benar belaka
Kini dengan sesak yang menyempit di dada
Kusandarkan tubuh ini di sudut sendu
Melonglai bersama semua upayaku
Dan nota itu seakan tersenyum
Awan pun menangis semahunya…!
QALAM BERTINTA
21/05/2012
22;57PM
SEKUNTUM SAKURA DI GURUN SAHARA
SEKUNTUM SAKURA DI GURUN SAHARA
Kulintaskan seluruh pandanganku
Sejauh gersangnya sahara
Mencari kuntum sakura
Yang sembunyi di sebalik bukit pasir
Tanpa ada tangan-tangan kotor menjamahnya
Pencarianku tidak akan berakhir
Selagi sakura tidak kutemui
Biar terbakar tekakku dek kehausan
Biar bertatihku dengan berpapah kaki
Sakuraku tetap akan kucari
Demi sucimu yang hakiki
QALAM BERTINTA
22/05/2012
12:19
GUGURNYA EGO SEORANG LELAKI BERNAMA AKU
GUGURNYA EGO SEORANG LELAKI
BERNAMA AKU
Terasing dikedinginan dan sepi pagi ini
Aku mengenangmu
Dalam getaran rindu yang maha hebat
Menghentam di segenap rongga tubuhku
Menyesakkan tiap aliran nafasku
Dan di bening mata itu
Titisan jernih mula menceritakan
Akan arti sebuah tangisan
Seorang lelaki bernama aku
Mengertikah kau kekasih
Arti tangisan seorang lelaki
Yang egonya terlalu tinggi untuk setadah airmatanya
Bagi seorang insan yang bernama perempuan
Pun di penjuru sepi itu
Keegoanku lerai bersama nyalaan rindu
Rindu yang tidak dapat diungkapkan
Dengan kata-kata biar setinggi cemara pun
Atau setinggi sombongnya camar di celah awan
Dengan sendu yang masih lagi tertahan
Rantaian airmata ini masih ada
Menjadi sungai ke penjuru bibirku
Berserak bersama helaan nafas panjangku
Ketika rinduku masih tidak bersisa
Berlari menuju ke beranda pelangi
Untuk melaungkan pesan padamu
Batapa di sini ada seorang lelaki
Yang tewas dengan airmata kerinduannya
Dan rindunya pun turut menangis…!
QALAM BERTINTA
22/05/2012
02:29AM
NASKAH SENDUKU
NASKAH SENDUKU
Ketika rinduku memerangkap jiwa
Ada hati yang terbadai
Oleh hempasan perasaan
Memusar dalam satu rasa
Pun akulah yang terdampar
Di sudut birai kasihmu
Cuba mengetuk pintumu
Yang dibelenggu rapi
Disaat sendiku kian melumpuh
Mengira satu demi satu
Daun-daun kenangan yang jatuh
Menjadi hamparan kelukaan
Membentangkan setiap cerita duka
Yang menjadi naskah sendu
Dan pada helai terakhirnya
Ada titis jernih di bening mata
Lalu kukutip setiap daun itu
Untuk menyapu airmata ini
Yang semakin merembas
Pun pilu masih berlagu sendu…!
QALAM BERTINTA
22/05/2012
22:53pm
KUCARI SEBUAH DAMAI
KUCARI SEBUAH DAMAI
Kucari sebuah damai
Yang telah hilang
Terpinggir dari jiwa
Yang kosong tak bermakna
Cuba kuselami
Lautan kasihmu
Namun nafasku tersekat
Sebelum dasarnya kujejaki
Mengerti pada hakikat
Ada jurang yang terdalam
Memutuskan hubungan
Yang terbina tanpa makna
Di akhir kalimah
Kutemui satu jawapan pasti
Damaiku hanya di sini
Sepi dan sendiri
Qalam Bertinta
06/06/2012
08:43am
SEMALAM
SEMALAM
Semalam
Ada cerita tentang hati
Yang di salut rindu
Tika ingatanku
Melayang di ufuk kenangan
Mencipta ribuan keindahan
Yang kupamer di raut wajah
Semalam
Ada cerita tentang resah
Yang mencengkam perasaan
Tika diammu
Mengundang sepi yang membening
Mencipta ribuan pertanyaan
Tanpa jawapan…tanpa penjelasan
Semalam
Telah kuyakini
Rindu ini cuma khayalan
Yang datangnya hanya sementara
Mengundang semua kenangan
Dan resah pun terlakar
Yang pastinya berpanjangan
Qalam Bertinta
13072012
2231pm
Subscribe to:
Comments (Atom)



