Thursday, 6 September 2012

KAU TERISTIMEWA


KAU TERISTIMEWA

Kaumungkin menghilang
Dari pandanganku
Namun tidak dari hatiku
Kaumungkin sahaja
Berada di luar dari jangkauanku
Tapi tidak dari anganku
Aku mungkin takberarti buatmu
Namun kauselalu istimewa
Di hatiku…

SEMPURNA ITU BUKAN AKU


SEMPURNA ITU BUKAN AKU

Pernah aku menyerah
Kerna aku merasa serba salah
Andai waktu dapat terulang
Kan kuberi padamu
Satu bintang yang terang
Hanya untukmu cintaku
Aku tahu diri ini taksempurna
Tapi akan kucuba sedayaku
Untuk mencintai cinta
Dan mencuba untuk setia

RINDU ITU AKU


RINDU ITU AKU

Rindu itu aku
Yang menyamar jadi airmatamu
Agar nanti bila kau menangis
Aku akan mengalir ke sudut bibirmu
Tanpa menghilang walau setitis jua
Kerna semua yang ada padamu
Terlalu istimewa buatku

DI SITU CINTAKU TERLERAI


DI SITU CINTAKU TERLERAI

Gelora hati ini
Membawa aku ke tasik airmata
Mengundang resah di rantaian duka
Terpamer pada raut wajah
Ketika sendu mula membelenggu

Biar bulan cuba bersenda
Menyulam bintang jadi kalongan
Namun kecewa itu aku
Mengutip satu persatu
Daun-daun derita yang berserakan
Lalu kukumpulkan di jambatan kenangan
Agar pada hari-hari mendatang
Akan kurenung kembali jambatan itu
Lalu aku mengerti
Di situ...
Kisah cintaku terlerai

Qalam Bertinta
03092012
2119pm

KERNA CINTA LAIN


KERNA CINTA LAIN

Perlukah kutangisi
Sebuah perpisahan
Yang kaucipta
Dari senyummu
Dan menyanding
Dengan airmataku

Perlukah kukesali
Sebuah cinta
Yang kaunoda
Tanpa ada rasa ampun
Demi kerana
Satu cinta
Yang kautagih
Dari orang lain

Yang pastinya
Kukuburkan semua kisah itu
Bukan di lipatan hati
Tapi di mimpi ngeri malamku

Qalam Bertinta
04092012
1245pm

TASBIH RINDUKU DAN SYAIR CINTAMU


TASBIH RINDUKU DAN SYAIR CINTAMU

Kutitipkan doa disetiap sujud subuhku
Moga damai menyapamu sentiasa
Biar bening embun
Mendinginkan hatimu
Biar sinar mentari
Menghangatkan jiwamu
Agar di hari-harimu
Dironai dengan kalimah indah
Yang terbit ketika ulas bibirmu terbuka
Menutur bait demi bait
Untuk kesegaran jasmani
Bersulam pada cantiknya rohani
Aku tetap setia
Mendengar setiap kalimahmu
Dan akan kuhitung satu persatu
Tiap butiran tasbih rinduku
Untuk mengiringi syair cintamu

Qalam Bertinta
06092012
0355am

RINDU ITU AKU


RINDU ITU AKU

Kusebut namamu
Tika rindu bergempita di dada
Hingga petir hilang suaranya
Sembunyi di balik awan hitam
Pun kaumasih di situ
Diam membisu
Tanpa gerak
Tanpa rasa
Lalu aku pun hilang
Hanyut bersama rinduku
Yang datangnya mengusung sendu

Dan akulah rindu itu...!

Qalam Bertinta
05092012
2235pm

MATINYA CINTAKU DI SITU


MATINYA CINTAKU DI SITU

Adakah kaumengerti
Pada sebuah kelukaan
Yang muncul ketika gerhana cintamu
Mula menaungi cintaku

Cuba pasrah dalam perbuatan
Tapi tidak pada perasaan
Masih enggan berpaling
Pada sebuah luka
Yang kaucipta
Di saat cinta ini
Mula menyapa

Tika terhentinya lamunan
Aku tahu
Kautelah jauh melangkah
Tanpa jejak...tanpa arah
Dan cintaku
Mati di situ

Qalam Bertinta
05092012
0355am

TETAMU HATIKU


TETAMU HATIKU

Lafaz keramatku sentiasa ada
Setia dan kukuh seperti dulu
Mungkin zahirnya takterucap
Kerna aku takut ianya akan menghilang
Bersama semilirnya angin senja
Namun di persada jiwa
Ianya sentiasa di situ
Mengiringi tiap helaan nafasku
Bersama cinta yang tertancap rapi
Jauh dalam… di sudut hati
Waktu salammu belum tersambut
Dan tika kumenoleh
Bukan tetamu senja yang datang
Tapi kauyang hadir
Tetamu hatiku

Dan dengan senyum
Salammu kusambut...!

Qalam Bertinta
06092012
1201tghari