Thursday, 26 July 2012

CINTA DI AKHIR JULAI


CINTA DI AKHIR JULAI

Julai ini datang lagi
Membawa seribu kenangan
Yang pernah terukir di bulan yang sama
Bersenda di rerumputan dan ilalang
Mencipta berbagai kebahgiaan antara kita
Mengukir senyum tanpa ada sedih yang bertandang

Waktu indah itu kini kukenang
Yang terindah pernah kau berikan
Kusemadikan setiap detik itu
Di dalam palung hatiku yang terdalam
Dan tidak mungkin terpadam
Kerana telah kutitipkan
Dengan titisan darah yang ada di tubuh ini

Dan julai kini berlalu pergi
Membawa semua kenanganku
Bersama rasa pedih dan kelukaan
Yang mengusung aku ke penjuru rindu
Dalam keinginan yang pasti
Dalamkeabadian yang hakiki

Dan rindu itu datang lagi…!

0 comments:

Post a Comment