TANPA DENDAM
DAN BENCI
Berpalingku
bukan kerana dendam
berpalingku juga
bukan kerana benci
cuma aku tidak
sanggup melihat kauberlalu
melihat setiap
jejak yang kautinggalkan
kerana pada
setiap langkahanmu
ada dendam yang
kautinggalkan
ada benci yang
kaupamerkan
kerna jika
pemergianmu
kusoroti dengan
pandanganku
aku pasti…dan
amat pasti
dendam dan
benciku
melebihi dari
dendam dan benci
yang
kautinggalkan.
Qalam Bertinta
04112012
2049pm.
0 comments:
Post a Comment