Sunday, 29 July 2012

DOSA SEMALAMKU


DOSA SEMALAMKU

Tika ingatan semalam menerjah ke akal fikirku
Baru aku sedari kau bukan lagi kepunyaanku
Dan aku juga baru mengerti
Bahawa kini…seperti dulu
Sepi dan sendiri kembali menemaniku
Hanya kerna tafsiranku yang silap
Kau berlalu meninggalkan aku
Membawa lara hatimu yang luka

Menyedari diri ini bersendirian
Membuatkan aku semakin menghargai
Waktu-waktu yang pernah kita lalui bersama
Kerna semua keindahan itu
Pastinya tidak akan kutemui bersamamu lagi
Kerana kamar hatimu telah kau tutup rapat
Untuk aku kembali menghuninya

Dan kini biar berjuta sesalku
Aku tidak mampu tuk mengundurkan waktu-waktu semalam
Agar dapat kembali berganding denganmu
Moga dapat kusingkirkan kerterlaluan sikapku
Yang membuatkan kau melangkah jauh
Meninggalkan aku dengan dosa yang aku cipta sendiri
Atas semua keegoanku ketika bersamamu

Pun tangisku tidak lagi bersenandung!

0 comments:

Post a Comment