Sunday, 29 July 2012

BERSAMAMU ADALAH KEINDAHAN SEMPURNA


BERSAMAMU ADALAH KEINDAHAN SEMPURNA

Ingin kutuliskan semua keindahan itu
Di dalam kamus hati ini
Agar ianya akan tetap bersemadi
Biarpun semua keindahannya
Telah kau cemari dengan tuba sengsara
Kerana bersamamu…biarpun terluka
Adalah satu keindahan yang amat sempurna
Dan di setiap penjuru hati ini
Telah kunukilkan namamu
Biarpun tintanya adalah airmataku
Namun kubingkaikan dengan kenangan kita
Yang akan terus abadi
Hingga ke tarikan nafasku yang terakhir


Salam teristimewa salam terakhir…!

0 comments:

Post a Comment