skip to main |
skip to sidebar
AKU PEMUISI JALANG
Berapa kali telah kubilang
Aku hanya pemuisi jalang
Pemuisi pinggiran yang cuma bergelandang
Juga pemuisi jalanan yang tidak minta untuk
ditatang
Sekadar menzahirkan bait untuk dihidang
Terpulang sama ada sudi untuk memandang
Puisiku tidak sehebat Sasterawan Negara
Tidak setanding langsung dengan mereka
Puisiku puisi picisan yang tidak setara mana
Yang ditatap hanya segelintir insan yang suka
Itu pun hanya kawan-kawan sealiran sahaja
Puisiku puisi santai
Kucipta ketika ilham datang membadai
Atau tercipta dalam alunan lemah gemalai
Namun tidak pernah kuminta untuk dinilai
Dan tidak pernah kulakukan juga secara alai balai
Aku berpuisi kerana minat
Tidak ada sebarang niat
Untuk menyindir atau mengumpat
Apa lagi untuk memutuskan sahabat
Bahasaku banyak yang tersurat dari yang tersirat
Aku akan terus berpuisi
Biarpun ianya bukan menjadi punca rezeki
Dengan berpuisi aku terasa damai sekali
Menzahirkan rasa sebenar atau sekadar ilusi
Untuk ditatap pada mereka yang sudi
Aku cuma pemuisi jalang…!
Qalam Bertinta
19092012
1017am
0 comments:
Post a Comment