skip to main |
skip to sidebar

CERITA YANG INGIN KUPERDENGARKAN
PADAMU
Mahukah kalau kuperdengarkan padamu
Cerita tentang sekeping hati
Yang penuh dengan kelukaan dan kepedihan
Yang engkau sendiri hiris dengan belati janjimu
Dan dengan pelbagai alasan yang kau berikan
Hingga membuatkan aku tercampak ke tasik airmata
Menangis dalam duka yang kau cipta
Kau ukir setiap kata dengan madahmu
Kiranya akulah kekasihmu yang paling istimewa
Yang tak pernah untuk kau terlupakan
Pada setiap jaga dan lena juga pada hari-harimu
Yang kau isi cintaku di setiap denyut nadimu
Lalu melenakan aku dalam mimpi indah
Dan hayalan yang panjang di setiap malamku
Membuatkan semangatku sering hilang bersamamu
Pun ingin kutanya padamu
Di manakah setiap janji dan katamu
Di saat riuh rendah dan gelak tawa
Mengelilingimu bersama insan-insan kesayanganmu
Hingga meminggirkan aku dari ingatanmu
Tanpa pernah mahu memikirkan perasaanku
Cuma alasanmu sahaja yang telah tersedia untukku
Untuk kau di pandang setia dalam kata-kata
Kini aku semakin mengerti dan memahami
Aku mungkin tidak setanjak untuk berganding
denganmu
Apa lagi untuk menemani hari-harimu
Yang kini mungkin sedang kau nikmati
Bersama insan kesayanganmu
Setelah cintanya kau miliki
Lalu aku kau biarkan begitu saja
Tanpa ada sedikit simpati pun di hatimu
Biarpun sekelumit cuma
Kini aku pasrah pada setiap putusmu
Kerana aku bukanlah sesiapa padamu
Hanya seorang lelaki yang terlalu setia pada
cintanya
Sedangkan cintanya tidak pernah dihargai
Apa lagi untuk disanjung dan dipuja
Sekadar mungkin menjadi peneman
Tika sunyi membalut dirimu
Pun tika sorak sorai tidak bersamamu
Namun biar apa pun tindakanmu
Aku rela kerana cintaku bukan hanya lahir dari
kata-kata
Aku zahirkannya dari lubuk hatiku yang terdalam
Dan cintaku juga bukan untuk dijual beli
Kerana cintaku bukan barang dagangan
Dan pada janjiku yang terlafaz
Kau tetap satu untukku
Pun untuk selama-lamanya
Benarkah aku ini kekasihmu…!
Qalam Bertinta
04/06/2012
01:05am
0 comments:
Post a Comment